Dah brapa hari penulis tidak membuka blog atas masalah2 tertentu, disamping kesihatan yang x brpe nk sihat ni..(betul ke ayat tu)..Moga2 ia menjadi kifarah dosa2 yang penulis pernah lakukan sebelum ni..

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, salawat dan salam keatas nabi Muhammad s.a.w, kepada kaum kerabatnya serta sahabat-sahabat baginda..

Dalam Islam terdapat perayaan yang besar yang disebut sebagai 'eid atau hari raya, iaitu 'Eidul Fitri dan 'Eidul Adha. Namun disana ada perayaan2 lain yang disambut oleh umat Islam, antaranya Mulidurrasul. Ia bukan satu kewajipan, tetapi tiada larangan untuk meraikannya.

Hari ini kita berada di bulan Rabi'ul Awwal. Di bulan ini telah lahirnya junjungan besar yang mulia Muhammad s.a.w. Sememamgnya tidak dapat kita nafikan besarnya jasa baginda kepada kita semua. Oleh itu, sepatutnya kite sentiasa mengingati baginda samada dengan mendengar tazkirah-tazkirah, atau kita bersalawat keatas baginda pada setiap masa sebagai menunjukkan rasa terima kasih kita kepada baginda dan tanda ingatan kita kepadanya. Memikirkannya, membuat penulis ingin berkongsi berkenaan fadilat salawat dan salam keatas Baginda S.A.W.

Sesungguhnya amat besar fadhilat atau kelebihan kita bersalawat keatas nabi Muhammad S.A.W. disamping manfaat yang sangat banyak akan diperolehi di dunia mahupun di akhirat bagi mereka yang banyak bersalawat kepada baginda.

Allah ta'ala telah berfirman dalam surah al ahzab ayat 56 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

Sabda nabi s.a.w: "Siapa yang bersalawat keatas ku sekali, Allah s.w.t akan salawat keatasnya sepuluh kali". Hadis sahih riwayat Muslim.

Sebahagian ulama ada menyebut, jika sekali Allah s.w.t salawat keatas hambanya dalam seumur hidup, sudah sangt cukup kemuliaan keatas hamba itu, bagaimana dengan sepuluh kali salawat atas setiap satu salawat hamba itu keatas nabi Muhammad s.a.w??

Segala puji bagi Allah s.w.t atas kebesaran fadhilat dan pemberian-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Maka perlulah keatas kita perbanyakkan salawat kepada nabi Muhammad s.a.w pada setiap ketika, pada malm jumaat, dan pada siang jumaat khususnya, dan sertakan salawat itu dengan salam. Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh melakukan kedua-duanya.

Perlu juga bagi mereka yang bersalawat dan salam kepada baginda s.a.w, sertakan bersama keluarga baginda.

Rujukan: Nasa'ih Ad Diniyyah Wal Wasaya Al Imaniyyah.

Posted by Bahtera Hamba Friday, February 19, 2010

Subscribe here